Rabu, 20 Mei 2015

SKSG Johan Sayembara Penyampaian Puisi Tradisional Peringkat Negeri Pulau Pinang

Peserta tunggal dari SK Seri Gemilang telah berjaya menempa nama  dan dinobatkan sebagai johan Sayembara Penyampaian  Puisi Tradisional Kanak-kanak 2015 peringkat negeri Pulau Pinang semalam.

Sayembara yang julung kali diadakan ini telah menonjolkan bakat unik adik Kasih Lia Bishara binti Ahmad Kamal (12 tahun) yang telah menjuarai kategori gurindam dengan membawakan Gurindam 12 Pasal Ke-6 berlagukan irama bangsawan dengan penampilan dan alunan suara yang mendapat pujian para juri.

Sayembara yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 18 Mei 2015 hingga 20 Mei 2015 berlangsung di Dewan Kompleks Cahaya, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia telah berjaya menampilkan persembahan yang bertenaga.

Sebagai johan, adik Kasih Lia Bishara membawa pulang, wang tunai RM500 hadiah iringan serta sijil penyertaan yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato` Seri Dr. Mohd Salleh b Yaapar, Pengerusi Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adik Kasih Lia Bisha sedang membuat persembahan

Menerima hadiah kemenangan dari YBBhg Dato Seri Prof. Dr Mohd Salleh


Gambar kenang-kenangan bersama pentadbir sekolah yang turut hadir menyaksikan sayembara
Bersama guru yang hadir sama pada hari sayembara


Pihak sekolah merakamkan segunung TAHNIAH buat adik Kasih Lia Bishara. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada guru pembimbing, Pn Ruzanna bt Puteh.